|
MAKSAK Bahagian Miri menghantar pasukan bola tampar lelaki dan pasukan bola tampar wanita untuk menyertai pertandingan bola tampar MAKSAK Antara Bahagian 2012 di Kota Samarahan yang akan berlangsung pada 21- 23 April 2012.
Pelepasan dirasmikan oleh Tuan Residen, Antonio Kahti Galis selaku Pengerusi MAKSAK Bahagian Miri. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Miri, Encik Boniface Intang Apat dan juga Encik Zairul Azhar dari Pejabat Pembangunan Sosial Miri selaku pengurus pasukan bola tampar lelaki.
Semoga Berjaya kepada pasukan bola tampar MAKSAK Bahagian Miri!
 |